Seorang pelombong kecil di Tanzania menjadi jutawan setelah menjual dua batu Tanzanite yang terbesar pernah ditemui.
Saniniu Laizer memperoleh £ 2.4 juta ($ 3.4 juta) dari Kementerian Perlombongan negara itu untuk dua batu permata yang berjumlah 15kg.
Tanzanite adalah salah satu batu permata paling jarang di Bumi, dan seorang ahli geologi tempatan menganggarkan bekalannya akan habis sepenuhnya dalam tempoh 20 tahun akan datang.
Tanzanite memang sangat RARE, yang faham tentang batu permata je tahu betapa susahnya nak jumpa permata ni.
Tanzanite hanya boleh ditemui di utara negara berkenaan dan digunakan untuk membuat batu perhiasan mewah.
Nak tahu jika Tanzanite available atau tak dalam koleksi batu permata The Bilal? Ikuti perkembangan The Bilal melalui Facebook dan Instagram.
Gambar seorang pelombong gembira selepas mendapat permata RARE Tanzanite.
Disebabkan itu, batu permata berkenaan sering menjadi buruan pelombong kerana harga dan permintaan yang tinggi kerana kualiti serta warnanya yang unik.
Laizer menemui batu permata itu masing-masing seberat 9.2 kg dan 5.8 kg minggu lalu sebelum menjualnya pada sesi dagangan di Manyara.
Presiden Tanzania, John Magufuli menghubungi Laizer untuk mengucapkan tahniah atas kejayaan menemui batu permata itu.
“Batu ini memberi manfaat kepada pelombong kecil-kecilan dan membuktikan Tanzania negara yang kaya,” kata Magufuli.
Laizer merancang untuk melaburkan wangnya bagi membantu komuniti di Simanjiro di samping akan mengadakan majlis keramaian bagi meraikan kejayaan itu.